Wednesday, March 19, 2014

10 tingkah laku si manja 1 - 2 tahun.

Bila Muslim dah makin membesar makin banyak aksi aksi baru dia buat, saya pulak nak gelak saje. Kekadang rasa geram. Geram nak gomol gomol dan gusti gusti manje dengan dia. Geraaammmmm. Hihi.

Biasanya anak umur 1 - 2 tahun ni memang dia dah mula aktif nak meneroka. Nak try n test itu ini. Nak nak dalam usia macam ni kebanyakkan anak anak dah 'dapat kaki.'  Kannn?



Antara hobi baru favourite anak anak 1 - 2 tahun (termasuk Muslim):

1. Suka mengetuk

Hihi. Ni memang salah satu hobi Muslim. Suka mengetuk. Tak kiralah mengetuk apa pun yang penting benda yang dia rasa boleh di ketuk termasuklah meja, periuk, cawan plastik. Macam jadi favourite musik dia pulak. Pung pang pung pang. Yang penting suka mengetuk ni boleh meningkatkan koordinasi mata dan tangannya. Memang usia 1 - 2 zaman dia mula aktif.

2. Suka Menconteng

Sejak kemenjak ni saya tengok Muslim sukakan pen. Bila dah pegang pen tu memang sampai ke petanglah duk pegang pen tu. Dah pandai pegang pen nak buku pulak. Sebab nak menconteng. Hihi. Kalau saya saje saje nak ambik pen tu memang meraung di jiwalah jawabnya. Memang tak kan kasi. Tapi alhamdulillah. Setakat ni tak dek lagi dia menconteng dinding. Kalau takkkkkk...habislahhhhhhhhhh...

Yang paling penting kita sebagai mak pak ni nak kena simpan pen/pensel/krayon kat tempat tempat yang tak boleh diambil oleh anak anak. Yealah mana tahu masa kita duk sibuk kat dapur ke anak kita duk melompat sambil pegang benda benda ni. Kan tajam. Bahaya. Takot berlaku benda benda yang tak diingini.

Kalau nak bagi anak conteng buku pun pastikan kita ada sekali dengan dorang.

3. Cemburu

Bukan main lagi pandai nak cemburu buru buru nih. Kalau saya pegang anak sedare ke..cium baby kawan saya ke..mulalah Muslim nak nangis. Hihi. Cemburu bukan main. Macamana nak dapat adik ni? Haha.

Perasaan cemburu ni memang biasa bagi anak anak berumur 1 - 2 tahun ni. Yang penting kita mestilah kena peluk dan cium dia selalu. Dannn selalu cakap perkataan sayang, perkataan yang baik baik dan bangga kat dia.

4. Suka tendang bola

Ni memangggggg favorite Muslim. Dah 'dapat kaki' memang nak sepak bola je kerjanya. Tapi nasib baik rumah saya tak ada pasu bunga. So tendanglah bolamu wahai anak. Hihi. Sambil tendang bola sambil gelak. Lepas tu air liur meleleh je. Tapi yang penting bola tu mestilah bola yang lembut yang sesuai dengan usia anak kita. Jangan pulak kita suruh dia tendang bola takraw. Aiyok!

5. Naik turun tangga

Kat rumah saya memang tak de tangga. So Muslim memang tak boleh panjat tangga. Tapi kalau pergi jalan jalan kat rumah kakak saya kat Kuantan memang berpeluh ketiak jugaklah sebab Muslim sukaaaa sangat naik turun tangga. Kejap kejap naik. Kejap kejap turun. Berulang kali. Bahaya. Sebab kita memang nak kena pantau dia. Bimbang takot terjatuh tangga memang boleh mengakibatkan kecederaan atau terseliuh.

Kalau umah korang bertangga eloklah sediakan pagar untuk mengelakkan anak kita naik turun tangga. Yealah kadang kadang kita sibuk kat dapur ke, tengok cerekarama ke kita terlepas pandang kat anak. So lebih selamat korang sediakan pagar kat tangga tu.

6. Koyakkan buku

Buku/Majalah favorite saya memang sekarang ni dah habis di koyakkan. Renyuk habis tak leh nak cakaplah kan. Hihi. Kekadang sambil koyak sambil belek belek. Tengok model model dalam majalah saya tu. Majalah Anis yea. Hihi.

7. Mengamuk aum aumm tiba tiba

Selalu jugak Muslim mengamuk dengan tiba tiba. Duk main sorang sorang tiba tiba menjerit. Saya datang dekat dia tanya:

"Kenapa Muslim?"

Ooohh. Rupanya dia mengamuk sebab tak boleh bukak tudung botol air. Kekadang ada jugak dia duk main sorang sorang dia menjerit nak nangis. Bila saya main dengan dia baru dia senyap dan gelak gelak. Sebenarnya dia nak kita ada dekat dengan dia. Aura kita sebagai mak pak ni kuat betul untuk dia. Lagipun bila ada dekat dia, dia akan terasa selamat dan di lindungi. Kan?

8. Suka telefon

Kalau saya borak borak telefon dengan mama dan ayah kat kampung mulalah Muslim nak duduk je dengan saya. Kekadang ada jugak saya buat loud speaker bagi Muslim dengar suara tokma dan tokayahnya. Melopong je dengar. Hihi.

Paling bagus kita belikan telefon mainan untuk anak kita. Biasanya telefon mainan ada bunyi bunyi lagu. Lagi seronok dia main. Kan?

9. Tiru gaya

Paling ketara sekali saya tengok Muslim meniru gaya saya adalah berdoa. Memang setiap kali saya solat saya akan letakkan Muslim dekat dengan saya. Kekadang ada jugak saya hamparkan sejadah untuk dia. Selesai solat, saya baca je Bismillahirrahmanirrahim untuk berdoa terus Muslim angkat tangan pastu goyang goyang badan macam orang duk berzikir. Hehe.

Kalau dengar azan dalam tv dia memang senyap je tengok. Lepas je habis azan terus angkat tangan berdoa selepas azan. :")

10. Suka tengok cermin

Kelakar sangat. Bila Muslim tengok cermin make up saya bukan main sengeh sorang sorang. Macam saya masa kecik kecik dulu. Perasan comel barangkali. Hihi.

Yang palinggggg latest Muslim sekarang dah reti buat buat gelak. Ala ala gelak tak ikhlas gitu. Haha. Semalam gelak sampai keluar air mata saya dan suami bila Muslim buat gelak macam tu. Macam terpaksa gelak. Haha!!

Macam macam tingkah laku anak kita yang sememangnya selalu mencuit hati kita sebagai mak pak dorang kan. Yang paling penting kita sebagai mak pak ni mestilah sentiasa membimbing anak anak kita dengan baik. Dannnnn sentiasaaa doakan anak anak kita. Sebut nama anak anak kita dalam doa. InsyaAllah.

So, apa keletah anak anak yang mencuit hati korang? Jom kongsikan. :)


1 comment:

Unknown said...

Assalamualaikum...keletah baby lucu2 je....semua menghiburkn hati...