Thursday, March 13, 2014

Doa ibu paling mustajab!

Masa hamil memang kita sebagai ibu, kita akan sentiasa mendoakan supaya baby di dalam perut selamat dan sempurna di lahirkan. Kan? Antara doa yang saya selalu amalkan semasa saya mengandungkan Muslim ialah:



Selain itu saya selalu mengamalkan surah surah pilihan untuk ibu hamil. 

  • Surah al-Fatihah: untuk terangkan hati dan kuat ingatan
  • Surah at-Taubah: untuk bersihkan jiwa dan dijauhi dari maksiat
  • Surah Yusuf: untuk memperolehi anak yg cantik rupa dan akhlak
  • Surah Nahl: untuk memperolehi anak yg berdisiplin
  • Surah Maryam: untuk permudahkan waktu bersalin dan memperolehi anak yg sabar dan taat
  • Surah Luqman: untuk memperolehi anak yg cerdik
  • Surah Yaasinn: untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan
  • Surah Hujrat: untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersikap berhati-hati

Dan setiap malam sebelum tidur saya sangat suka gosok gosok perut sambil membaca Al-Fatihah 1x, Ayat Kursi 1x dan Surah Al-Insyirah 1x berserta doa Siti Aminah semasa mengandungkan Nabi Muhammad. Doa Siti Aminah ini saya baca 3x kali. Memang wajib amalkan. 

ٲﻋﻴﺬﮦ ﺒﺎﻠﻮﺍﺤﺪ ﺍﻠﺼﻤﺪ ﻤﻦ ﺸﺮ ﻜﻞ ﺬﻱ ﺣﺎﺴﺪ
“Uu i’zuhu bilwahidisshomadi min syarri kulli zi hasidin”
Ertinya: Aku melindunginya dengan Tuhan yang maha esa yang menjadi tempat tumpuan segala makhluk daripada kejahatan tiap-tiap pendengki.
Doa ni mama saya yang kongsikan dengan saya. Sebab kat kampung saya ada seorang jiran saya tu, dia ada ramaiii cucu dan kesemua cucu cucu dia sangatlah baik, bijak dalam pelajaran, dan rajin menghafal al-quran. Bila mama tanya apa yang ibu dia amalkan, jiran saya kongsikan doa Siti Aminah ini dengan mama. Terus mama kongsikan dengan saya. Alhamdulillah sepanjang saya hamilkan Muslim memang doa ni saya tak pernah miss. Sambil baca doa saya memang akan menyebut nama Muslim. :')
Tapi kekadang selepas kita bersalin, anak dah makin besar kita seakan lupa untuk mendoakan anak anak. Kan? Padahal kita sebagai ibu memang wajib mendoakan untuk anak anak kita kerana doa ibu paling mustajab.

Dalam setiap doa kita tu kita kena sebut nama anak anak kita. Kalau kita ada sepuloh orang anak sebutlah kesepuluh nama anak kita.

Satu tips dari Prof Dr. Muhaya ialah masa kita basuh beras niatkan:

"Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya "

Sebaik-baik memohon doa adalah di waktu tengah malam. Ibu ibu digalakkan bangun sepertiga malam untuk mendirikan solat solat sunat dan mendoakan kesejahteraan keluarga. Sebutlah nama anak secara spesifik untuk doa lebih berkesan.

Anak adalah amanah dari Allah SWT.

InsyaAllah.










3 comments:

Santan Manis said...

nice sharing. btw SM done follow sini, jemput singgah ke blog kalau sudi :)

http://santanmanis.blogspot.com/2014/03/nostalgia-sangat-dengan-gula-gula-nie.html

mOoN IzzaN said...

rindunya nak peknen lagi... :)

Juno said...

sedapnya nama anak. Muslim?