Wednesday, July 23, 2014

Sebelum balik raya..

Assalamualaikum.

Pasti semua tak sabar dah nak balik raya kan? Jasad masih kat sini, tapi hakikatnya jiwa raga bakul berkilo kilo semua dah kat kampung. Kan? :)

Itulah perasaan saya sejak dua menjak ni. InsyaAllah jap lagi saya sekeluarga akan gerak balik kampung, Kelate. Shah Alam ke Kelantan biasanya adalah dalam 9 jam perjalanan. Harap harap tak jem lagi. Tak sabar sangat rasanya. Esok pagi InsyaAllah saya dah dapat hirup udara kampung. Esok saya dah dapat berbuka dengan lauk pauk original Kelate. Fuh! Bestnyaaaaaaa. 

Biasa sebelum balik kampung saya selalu pastikan semua barang dan keperluan nak balik kampung lengkap. Tak ada yang tertinggal. Ni nak raya ni, kang tertinggal pulak duit raya nak bagi kat anak anak sedare. Duit raya ok lagi, kalau baju raya yang tertinggal? Habislaaahh. Hehe.

Saya lebih suka tulis apa yang perlu di bawa balik. Nanti senang. Dah masuk dalam beg, potong saja dalam list tu. Harap harap tak ada yang tertinggal. Sebab semua dalam list saya dah potong. 

Sebelum balik jugak saya biasanya lebih suka pastikan rumah dah siap kemas. Baju dah siap basuh, lipat. Dapur dah siap bersih. Tak ada periuk yang berlauk di tinggalkan. Barang barang dalam peti yang lama di clearkan. Pinggan mangkuk semua dah basuh dan di lap kering. Sampah di buang. Rumah dah siap di sapu. Senang cerita saya lebih suka keadaan rumah saya bersih sebelum balik kampung. 

Yealah nanti dah balik sini balik, penat penat jalan jauh tentu kita lebih senang balik dalam keadaan rumah bersih kan? 

Sebelum balik jugak saya biasanya akan cabut kepala gas, suis semua ditutup dan plug dicabut kecuali peti. 

Mangga dan kunci pintu elok elok. Dan sebelum tinggalkan rumah, amalkan membaca doa keluar rumah.




Selain tu saya juga mengamalkan bacaan ayat kursi sebelum keluar dari rumah. InsyaAllah, rumah kita akan dilindungi dan dijaga oleh malaikat yang di hantar oleh Allah. Selain itu, sepanjang kita bermusafir, kita juga akan sentiasa dijaga oleh malaikat sampailah kita balik ke rumah kita.

Untuk semua kawan kawan yang nak balik kampung nanti, selamat pulang ke kampung. Semoga selamat sampai dan perjalanan kita sentiasa dilindungi olehNYA.

InsyaAllah.

Terima kasih kerana sudi membaca. :)




5 comments:

Fadzi Razak said...

Orang perempuan memang rajin buat list. Kalau laki, huhuhu, tak ada lah nak buat macam tu.

Anonymous said...

GREAT POST

Anonymous said...

GREAT POST

Anonymous said...

GREAT POST

ALINA said...

GREAT POST