Friday, December 19, 2014

Muslim dah 2 tahun!

Alhamdulillah.

Pejam celik pejam celik semalam genaplah Muslim 2 tahun. Pejam celik pejam celik dah 2 tahun saya jadi seorang ibu yang comel. Hehe.

Satu pengalaman yang cukup indah bagi saya. Setiap hari dapat tengok Muslim membesar dengan sihat depan mata. Setiap hari saya belajar benda baru. Setiap hari Muslim ada je skill baru. Sekarang ni macam macam dah Muslim boleh buat. Tiru gaya Lisa Surihani pun dah pandai! HAHA!

Muslim dah pandai solat, baca doa. Sekarang ni kalau nak solat dia dah tak nak sejadah kecil. Nak sejadah besar. Kalau bagi sejadah kecil dia nangis. Hehe.

Upin Ipin memang favorite dia. Kalau dia nak tengok Upin Ipin, dia akan cakap kat saya:

" Pin...pin.."

Sambil sambil tekan suis tv. :)

Banyak cakap. Macam macam vocab dah dia boleh. Dia pun dah paham kalau saya cakap apa apa. Memang dah boleh suruh. Contohnya lepas main mainan, saya ajar dia kemas. Dia buat. Tapi dia kemas sikit saje, selebihnya sayalah. HAHA.

Kalau ada sampah seperti pampers, dia no.1 akan ambil dan buang dalam tong sampah. BIJAK!



Semalam saya dan suami sambut happy birthday to you secara kecil kecilan untuk Muslim. Beli 2 potong kek Secret Recipe lepas tu makan kat KFC Jusco Bukit Raja. Kalau nak beli sebiji kek memang tak habislah. Beli 2 potong kek pun dah kenyang sangat rasanya. Saya beli perisa Tiramisu dan Rasbery Cheese. Sedap! 

Seronok je tengok Muslim gembira. Excited sangat Muslim. Tapi antara saya, Muslim dan suami rasanya saya kot terlebih excited. Hehe.

Alhamduliah. Syukur sangat diatas segala nikmat yang dikecapi selama ini. Semoga saya terus menjadi seorang ibu yang penyayang dan penyabar. Dan untuk Muslim, semoga Muslim dapat membesar dengan sihat, bijak, soleh, comel dan baik macam mamanya. Eh. Hehe.

:)

-------

Tempah supplement Shaklee / Menyertai ahli Shaklee. Semuanya saya akan guide special. 

✿ Top Agent/Coach Shaklee  
AMALINA
012.939.4864
Shaklee ID: 952483


4 comments:

yoorin melacolea said...

biasa lah kan..anak lelaki, asben yang paling excited..soon, ada plan dia untuk anak2 lelaki.. compemm.. kalau gegirl, mak laa yang hooverr.. hikss

yoorin melacolea said...

btw..lupa nak wish..happy birthday Muslim.. Jadi anak yang soleh ye.. =)

Dalila yusof said...

aanak ni anugerah yang tak ternilai kan? Alhamdullilah moga jadi anak yang terbaik dunia dan akhirat

AUC said...

Alhamdulillah

sebaya dgn anak saya Jannah