Sunday, February 1, 2015

Panduan Didik Anak: 4 Cara Membina Hubungan Dengan Anak.

Alhamdulillah. Muslim sekarang dah nak masuk 2 tahun 2 bulan dah. Bijak dah dia sekarang. Macam-macam dah dia pandai. Selalu buat saya gelak je. Suka tiru Upin Ipin. Suka dengar azan. Suka dengar lagu Bismillah, Voice Of Ummi. Dah pandai solat. Kalau saya solat dengan suami, mesti kena hampar satu sejadah untuk Muslim. Dia akan solat sebelah saya. Yang saya terkejutnya sebab dia pandai buat jari terlunjuk masa baca tahiyat. Seriyes! Saya tak pernah ajar dia lagi. :) :)



Muslim manja sangat dengan saya. Tapi ada jugak masa masa dia tak nak dengan saya, nak dengan ayahnya saja. Jeles jugak! Hehe. Kalau malam wajib nak kena tidur dengan saya. Nak kena belai belai dulu. Gosok-gosok belakang badan, perut, tangan, kaki barulah lena. Tak tahu ikut MAK dia ke ayah dia ke. Hehe.

4 Cara Membina Hubungan Dengan Anak.

1. Selalu peluk dan cium anak.

Sejak dari baby lagi kita kena sentiasa peluk dan cium anak. Masa baby lagi lah best kan, bau baby harummm semerbak. Teringat pulak masa Muslim baby. Hehe. Sekarang pun saya selalu peluk cium Muslim. Rasanya dalam sehari memang tak boleh tak peluk cium dia. Walaupun kekadang masam masam manja bau peluh Muslim, tapi saya suka! Sebenarnya bila kita peluk anak, ianya akan membentuk satu hubungan yang sangat power dan hebat antara kita dan anak. Anak-anak pun akan rasa terlindung dan selamat. Ciuman pulak akan membentuk satu hubungan kasih sayang yang indah antara awak dan anak.

2. Simpan rahsia anak.

Sebenarnya, anak ni dia sangat ingin perhatian dari kita dan dorang ni lebih mudah menceritakan sesuatu yang peribadi kepada kita contohnya mungkin masalah dalam kelas ke, masalah pelajaran ke. Dan hakikatnya, bila anak bercerita kat kita, dia sememangnya mahukan kita merahsiakannya dari orang lain. So, sebagai mak ayah, eloklah kita simpan setiap cerita yang disampaikan oleh anak kita. 

3. Jangan mengutuk / merendah-rendahkan kekurangan dan kelemahan anak.

Ada jugak mak ayah yang sangat suka merendah-rendahkan kelemahan anak sendiri. Anak orang lain puji melambung. Tapi anak sendiri...hmm...Ish. Ish. Janganlah macam tu. Anak anak ni sebenarnya menganggap kita pelindung buat mereka. Sokonglah anak kita, bila kita tak menyokong dan asyik membandingkan dengan anak orang lain, lambat laun, dorang akan hilang rasa hormat terhadap kita.

4. Fokus setiap kali anak bercerita.

Bila anak nak bercakap dan cerita apa apa je, fokuslah kat dia. Tengok mata anak. Anak kita mestilah suka mengadu kat kita kan? Layan dorang dengan penuh kasih sayang. Bila awak berikan perhatian setiap kali anak bercakap dengan awak, anak pun makin rapat dengan awak. 

Ingatlah yea!

Anak-anak ni sebenarnya amanah dari Allah untuk kita. Dan ianya sebahagian dari ujian Allah kepada hamba-hambanNYA.

Firman Allah SWT:

" Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi Allah ada pahala yang besar" (At-Taqhabun, 64:15)

Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga bermanfaat untuk semua.

-------

Tempah supplement Shaklee / Daftar ahli sekali seumur hidup. Dapat 20% diskaun dan 1001 kelebihan. Semuanya saya akan guide special. Jangan malu untuk hubungi saya ye. :)

✿ Top Agent/Coach Shaklee  
AMALINA
012.939.4864
Shaklee ID: 952483
(FEB15-EFF SUP)

No comments: