Friday, March 27, 2015

Tips Blog Menarik

Alhamdulillah. Hampir dekat 3 tahun kot saya tak mengedit blog. Setia dengan header dan design yang lama. Hehe.

Hari ni tetiba rasa rajin nak godek godek dan akhirnya siap. Hehe.

Ok tak?



Sebenarnya saya bukanlah sifu untuk edit blog, tapi kalau setakat basic tu alhamdulillah bolehlah sikit-sikit. Semuanya hanya bersumberkan pakcik google. Yang penting nak edit blog ni kena banyak bersabar, banyakkan membaca dan jangan malu tanya pada yang pakar.

Lagi-lagi tang coding tu. Memang sakit mata nak tengok. Tersilap langkah habislah. 

Saya nak kongsikan sedikit tips supaya pembaca suka singgah di blog kita berdasarkan pengalaman saya sendiri sepanjang berblogging.

  1. Blog dengan template yang simple dan tak berat akan membuatkan pembaca lebih suka singgah. Yealah tak adalah nak loading lelama kan?
  2. Header dan background yang simple, jelas dan menarik. Paling basic guna background hitam putih.
  3. Jangan letak lagu pada blog. Ianya akan menganggu konsentrasi pembaca. 
  4. Entry sendiri bukan entry yang di copy dari blog orang lain. Baru nampak keikhlasan dan minat kita untuk berblog.
  5. Tajuk power. Jangan terlalu panjang.
  6. Ayat di susun rapi dan jelas bukan ayat sms contohnya pg nih aq bgn pg gsk gieygiey letark kolget. 
  7. Tak ada snow/hujan turun. Tak ada jam.
  8. Letak label/tag pada setiap post.
  9. Gunakan nombor pada tajuk/entry.
  10. Masukkan gambar yang terang dan menarik.
Harap perkongsian saya ni sedikit sebanyak dapat membantu anda semua. Kalau ada tips lain, jom kongsikan di ruang komen. Lagi banyak berkongsi lagi banyak kita dapat belajar taw.

Terima kasih sebab sudi singgah sini. :)

2 comments:

Anonymous said...

awak guna app apa ye? cantik lah

ammelia yusoff said...

kite pun baru edit blog untuk nampak lagi kemas dan simple. Nice jugak background floral blog ni :)