Hari Sabtu lepas, sambil sambil main gusti dengan Muslim, saya tengok rancangan Jalan Jalan Cari Makan kat TV3. Salah satu lokasi pilihan dorang hari tu kat CIQ kat Seksyen 7 Shah Alam ni.
Fuh! Terliur betul saya tengok Mr. Naz ni makan kambing. Tetiba tekak rasa nak telan kambing. Terus ambik keputusan drastik nak lunch kat CIQ Shah Alam. Lagipun 5 minit saje dari rumah. Hehe.
Sampai sana, mak aii ramai betul orang. Siap kena tunggu turn lagi nak dapatkan meja. Memang sangat sangat ramai orang makan kat kedai ni. Restoren CIQ ni merupakan Restoren Chiness Food dan ianya halal.
Kami sampai restoren tu dalam pukul 2 petang. Tapi yang sedihnya pukul 4 baru dapat makanan!! Fuh!!!
Apa yang saya perhatikan, restoren ni tak cukup pekerja. Hanya 2 orang sahaja pekerja. Kalut kelaut diaorang sebab customer memang ramai sangat sangat dan sangat. Nak jaga kaunter lagi, nak lap meja lagi, nak ambik order lagi. Memang kelam kabut. Sampaikan customer sendiri yang terpaksa angkat pinggan masuk ke dapur. Fuh!
Ada jugak customer yang mengamuk marah marah.
Yang sedihnya lagi, kami dah sampai awal, tapi orang yang lepas kami dulu dapat makanan. Sabar dan terus sabar.
Dan sabar itu memang berbaloi sangat. Sebab makanan dorang memang lima bintang saya kasi. Memang sedap sangat sangat!
Ini yang saya order. Mee tarik. Memang sedap sangat! RM7 sahaja. :)
Suami pulak order Mee Daging Tumis. Sedap sangat daging ni! RM8 sahaja.
Kalau ikutkan Mr. Naz dalam JJCM tu, dia cakap mee kat CIQ Restoren ni special sebab dorang buat sendiri dan rasa mee ni memang sedap.
Untuk pencuci mulut, kami cuba makan Satay Kambing. Rasa pedas pedas sikit. Dan isinya memang padat dan banyak. Sedap sangat! Harga murah pulak tu! RM2 sahaja.
Air pulak memang free sahaja. Macam macam jenis air disediakan. Boleh top up berapa kali kita nak. Bab makanan memang saya kasi 5 bintang, tapi... bahagian servis untuk hari tu hmm failed sungguh sungguh. Ke sebab masuk dalam JJCM hari tu terus ramai orang? Hehe.
Sejujurnya, saya memang suggest korang makan kat restoren ni.
Oh! Restoren ni terletak di Seksyen 7 Shah Alam kat area Jakel Shah Alam. Mudah saje nak carinya. Kedai dia sederet dengan kedai makan Upin Upin. :)
Facebook : CIQ Restaurant Chiness Food - Halal -
No comments:
Post a Comment