Wednesday, June 10, 2015

JJCM : Foodilicious Kitchen, Shah Alam

Semalam tetiba tekak rasa nak makan Chicken Chop. Rasa naaaaakkk sangat makan Chicken Chop. Nak jugak nak jugak nak jugak. Haha.

Terus search pakcik google dan kebanyakkannya suggest makan di Foodilicious Kitchen kat area seksyen 7 Shah Alam sini. Kedai ni memang betul betul belakang Unisel. 

Sampai sana, tetiba saya tukar buah fikiran nak makan Lamb Chop. Tengok dalam gambar macam best saje. Suami pulak order Shitake Grilled Chicken. Air? Ohhh. Air tak payah pening pening nak pilih air apa sebabnya air is free. Hehe. Air sirap FREE disediakan untuk pelanggan Foodilicious Kitchen. So, nak minum berapa gelas pun boleh. Hehe.



Ini 7 Spices Lamb Chop yang saya order. Sedap dan padan dengan harganya, RM14.90.


Ni pulak Shitake Grilled Chicken yang suami saya order. Sedap dan harganya hanyalah RM13.90.




Foodilicious Kitchen ni jugak pernah masuk dalam rancangan Jalan Jalan Cari Makan kat TV3. Kedai dia kecik je, tapi customer dorang memang tak putus putus. Memang ramai. 


Korang yang mengidam nak makan chicken chop ke, spaghetti ke, dengan harga yang berpatutan bolehlah cuba makan kat Foodilicous Kitchen ni. Kedai dia memang betul-betul belakang Unisel, Seksyen 7 Shah Alam. Mudah sangat nak carinya.



Foodilicious Kitchen,
Ground Floor Kompleks Anjung 7,
Jalan Zirkon 7/B, Seksyen 7,
40000 Shah Alam Selangor.

Monday - Sunday : 6pm - 11pm


Muka mak dan anak kekenyangan. Hikhik.


2 comments:

Ms Nisa said...

sangat menyelerakan walaupun dgn hanye memandang, nk kene cube ni :)

alia farhan Said said...

Wah..sedap ni..klau tgk time posa ni mst telam aor liorr ja ni