Thursday, July 26, 2012

Menangis dalam tidur.

Tadi balik je dari check up kat klinik badan terasa letih yang amat sangat. Duk tengah jalan ondaway nak bukak kunci rumah pun boleh lagi terlelap. Heh?

Masuk je dalam rumah terus sambung tidur. Punyalah mengantuk tahap ayam percik. Eh. Ayam percik? Rindu pulak nak makan ayam percik versi pure Kelantan. Tapi kalau kat Shah Alam ni memang belum pernah lagi jumpa ayam percik pure kelantan. Selalunya ayam percik kat sini ayam yang di saluti madu. Tak se ummmph ayam percik kelate.

Berbalik citer tidur tadi. Maka terlelaplah saya dengan dengkuran sipi sipi manja. Tetiba sedar sedar je mata berair. Macam ada sesuatu yang sedih je sepanjang saya di ulik tidur tu. Siap tersedu sendan lagi. Argghhh. Sedihnya. Tapi apa yang sedih? Mungkin saya mimpi sedih tadi. Tapi dah lupa mimpi pasal apa sape kenapa dan bagaimanapun hingga sanggup buat saya nangis dalam mimpi. 

Terus lap lip lap air mata dan hidung. Rasa sebak je tapi tak tahu nape. Korang pernah tak alami benda yang sama. Tidur pastu nangis sobsobsobss tapi bangun bangun je blur. Asal sedih nie?

Hehe.

Okelahbaii.

Hati kechixx: Selamat berbuka;)

3 comments:

cikji said...

sayu jah dengar cite nih,mimpi gapo tatau narak tiok ngesot ngesot gitu lalu.bc doa x sblum tido? hehe

dya nasir said...

setakat ni xpernah lah..tapi mengatok tahap ayam percik tu pernah..hehehe

ERYZA said...

Salam perkenalan & follow,
Rendahnya hemoglobin. Tapi saya pun ada ada pengalaman camtu jugak masa mengandung ketiga2 anak. Tak penah naik pun. Janganlah risau sgt yer...