Thursday, August 9, 2012

Kena suntikan kancing gigi.

Alhamdulillah. Minggu ni baby dalam perut saya ni dah masuk dua poloh minggu lebih. Kekadang aktif sangat gerak sampai memalam saya terbangun dari tidur. Gendang gendung tali kecapi baby dalam perut nie. Hehe. Kakak kakak ipar saya cakap nanti dah masuk minggu ke dua poloh tujuh saya akan nampak siku baby lah kaki baby lah kat perut saya. Erk? Tak boleh imagine lagi. Hehe. Tapi memang best bila dapat rasa baby gerak gerak. Tandanya dia sihat. Alhamdulillah.

Hari ni saya pergi check up lagi kat klinik kesihatan sekyen tujuh shah alang. Dalam kepala memang selalu risaukan HB saya. Last check HB saya memang rendah dan teruk. Dari 8.4 jatuh ke 7.6. Lepas check tadi terus belek belek buku merah Alhamdulillah HB saya tetap 7.6. Tak turun tak naik. Kalau turun sure buat saya risau sangat! Kalau naik memang melompat depan doktor le jawabnya. Hehe.

Tadi pun saya dah dapat surat untuk jumpa doktor pakar kat Hospital Tengku Rahimah Klang nextweek. Risau jugak. Tak tahu apa yang doktor pakar tu akan check. Tapi sure berkaitan HB saya yang rendah. Doktor kat klinik tadi cakap dalam badan saya memang iron semua oke. Cuma tak sampai ke baby. Darah merah saya ada problem sikit. Saya pun kurang pasti problem apa. Tunggu jumpa doktor pakar nextweek. Harap sangat HB saya oke. Harap sangat baby saya oke. Amin. Amin. Aminn.

Duk check check dengan doktor tetiba doktor tanya:

"Awak dah inject kancing gigi ke?"

"Belum lagi"

"Oke. Sekarang baby awak dah gerak. Awak kena inject kancing gigi untuk mengelakkan sesuatu yang buruk kat awak dan baby awak"

Saya hanya angguk tanda paham. Terus saya pergi ke bilik suntikan. Berdebar jugak sebab dah lama sangat tak main suntik suntik ni. Hehe.

"Ni firstime awak nak kena suntik kancing gigi kan?"

Soal nurse yang jaga kat bilik suntikan tu.

Alo lo lo..kiutnya makcik nie. Hehe.


"Yep yep"

Balas saya ringkas dan sopan. ^^

"Lepas suntik ni tangan awak akan lenguh lenguh sikit"

Terus nurse tu suntik kat bahu tangan kiri. Wuwuwuwuwuwuu. Boleh tahan jugak jarum dia tu. Tapi demi anak mama dalam perut ni mama sanggup buat apa sahaja. Dah lepas inject tu terus rasa lenguh sengal sengal manja tangan kiri saya ni. Dah lah saya ni memang kidal. Hehe.

Okelahbaiii.

Hati kechixx: Berdebar jugak nak jumpa doktor pakar nextweek nie.

9 comments:

HPSMC said...

kak lin,,ltkla pic latest..nk tgk prt akak yg cute 2..hehe

Fazleyatul Aini said...

kali terakhir saya kene injek masa form 2-3 ntah. skrg kalau kene injek, mau meraunggg

Hans Hanis said...

adoi
rasa ngeri lak ku baca
haihhh

Unknown said...

muahaha..mano pic mok buyung nyo..nk tgk mano retiss ngn pic aku..ehehe

cikji said...

sy pun kidal :)

shafiqabdshukor said...

kesian kena inject..
x tgk jarum derma darah lg..hahaha

Yen said...

adeh sakit..

dya nasir said...

dya smpai skrg takut kne suntik..haha

Errah Najwa said...

takut rasa nak beranak..hehe