Tuesday, October 2, 2012

Kuasa Allah segala galanya.

Terkejut sangat bila suami cerita semalam ada kawan dia kat opis. Isteri kawan dia tu pregnant. Dah masuk enam bulan lebih kandungannya. Yang mengejutkan saya bila suami bagitahu isteri kawan dia tu tengah sakit sekarang. Dan nadi baby dalam kandungan yang dah berusia enam bulan lebih tu tetiba terhenti dan doktor hospital kajang telah pun mengesahkan bahawa nadi baby mereka telah tiada. Baby itu dah kembali ke rahmatullah.

Innalillahiwainnailaihirojiun.

Al-Fatihah dan salam takziah kepada keluarga mereka. Dan isteri kawan dia kini masih sakit. Semoga mereka sekeluarga tabah menghadapinya. 

Kita sebagai manusia biasa hanya bisa merancang namun segala galanya telah di tentukan olehNYA.

Usia kandungan saya sekarang ni pun dah masuk ke minggu dua puluh lapan. Maknanya dah masuk tujuh bulan. Tinggal lagi dua bulan untuk saya melahirkan anak sulung saya. Macam macam di fikiran saya. Yang paling merisaukan saya sekarang ialah tentang HB saya yang makin menurun. Dari 8.6 turun lagi ke 7.3 ;'( Sangat sangat risau sebenarnya. Banyak risikonya terhadap baby dan ibu hamil.

Kesan kepada ibu hamil.
  • Ibu mudah pitam
  • Keguguran
  • Mengalami kegagalan jantung
  • Tumpah darah semasa mengandung/bersalin
  • Risiko alami penyakit berjangkit
Kesan kepada bayi dalam kandungan.
  • Pertumbuhan janin terbantut
  • Lahir tak cukup bulan
  • Berat baby <2.5kg
  • Anak lemas ketika lahir
  • Mati ketika di lahirkan

Memang risau sangat;'( Untuk setakat nie doktor cakap pembesaran baby memang memuaskan. Dan baby pun sangat sangat aktif bergerak. Alhamdulillah. Cuma yang merisaukan saya ialah HB saya yang menurun. Hanya berdoa kepadaNYA agar baby dan saya oke bila tiba saat saya nak melahirkannya. 

Okelahbaiii.

Hati kechixx: Risau..

5 comments:

Fazleyatul Aini said...

jangan putus panjatkan doa pada DIA semoga semuanya baik2 belaka. saya jugak doakan kandungan awak dgn awak agar sentiasa sihat dan selamat melahirkan. insyaAllah

Fiza Rahman said...

Al-fatihah. Kesiannya. Mungkin ada hikmah disebaliknya.

Masa saya pegnant anak ke3 pon HB rendah. Cuba makan habatussaudah. Smga selamat semuanya yer.

Unknown said...

takziah untuk keluarga suami akak. and untuk akak pulak semoga sihat - sihat and dapat baby comel ! nanti boleh update pasal baby. heee

Mr feckry said...

banyak la mengadu pada Allah

intan.maisarah said...

salam kechixx

nampak sangat sudah lama tak menjengah di sini.
hingga kan kechix sudah mengandung pun tak tahu

doakan kechix dan bayi sihat sejahtera.