Tuesday, January 21, 2014

Mati itu PASTI.

Dia lah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan kepadaNyalah kamu akan dikembalikan untuk menerima balasan. (Surah Yunus, 10:56)

Semalam suami saya balik keje dia citer yang ada officemate dia bahagian HR kematian suami hari Isnin lepas. Saya terkejut! Innalillahiwainnailaihirojiun.

Ahad malam tu suami officemate tu pergi berfutsal dengan kawan kawan. Balik dari futsal terus tidur. Bangun pagi Isnin nak siap siap pergi kerja tetiba tak leh bangun. Sesak nafas. Dan akhirnya meninggal. Allahuakbar! Bila ajal kita dah sampai sesaat pun kita dah tak dapat nak lari.

Malam sebelum tu mungkin suami dia happy happy gelak gelak sepak bola dengan kawan kawan dia lagi. Bila pagi Isnin Allah dah menjemput dia. Allahuakbar!

Umur lelaki tu baru 30+. Masih muda. Dah ada anak 3 orang.

Bila dah sudah sampai masa kita..sikit pun kita tak dapat nak delay..nyawa kita pasti tercabut. Kuburlah rumah kita seterusnya sementara menanti saat Hari Akhirat.

Ya Allah!


Yang ni terjadi 2 3 hari lepas. Dia sendiri nampak kes langgar lari. Bila pergi dekat rupa rupanya yang mangsa ialah mak nya sendiri. Ya Allah. Sedihnya.

Hari ini kita gelak gelak esok mungkin dah sampai turn kita akan mati. Kita sendiri tak tahu. Ingatlah yea..setiap hari kita semua sedang dalam perjalanan menuju bertemu Ilahi.



1 comment:

mrs kayrul said...

al-fatihah..ajal maut tak mengira usia