Thursday, June 19, 2014

18062014 - Muslim dah genap setahun enam bulan.

Alhamdulillah. Kelmarin Muslim genap setahun enam bulan. Kejap sangat rasanya Muslim membesar. Tup tup lagi empat bulan Muslim genap 2 tahun. Ya Allah! Cepat sungguh masa berlalu. Korang perasan tak?

Dah cukup setahun enam bulan ni pagi kelmarin ada appointment kat Klinik Kesihatan Seksyen 7 Shah Alam. Memang dari zaman saya pregnant kan Muslim lagi saya memang follow up kat sini. Macam biasa bila dah follow up kat klinik kerajaan memang akan menguji tahap kesabaran kita. Memang sangat lama.




Yang kelakarnya, tetiba nombor 4079 di panggil. Ehhhh. Kejap pulak! Saya pun terus bangun sambil dukung Muslim masuk ke bilik 19. Masuk masuk je dah penuh kat bilik. Lama jugak saya berdiri. Tetiba ada nurse tu tanya saya:

"Ye. Tunggu apa?"

"Tadi no. saya 4079."

"Aikkkkk???" 

Nurse tu pelik sambil belek buku merah seorang mak yang tengah duduk kat situ.

"4079"

Dia baca no. kat buku merah mak tu.

"Aik. Yeke? Kejap saya tengok balik no. saya"

Saya pun belek balik no. saya yang dah macam hancur sikit. Rupanya no. saya 4097! HAHAHA!

Malu kot.

"Hehehee. Sorry ye"

Saya terus keluar bilik dengan muka comel. HAHA.

Tapi masa turn saya sampai tu saya dapat bilik 18. Hurmm. Rasa sedikit tak puas hati cara layanan nurse tu. Dia punya suara slow sangat. Memang saya tak dengar. Banyak kali saya tanya dia apa? Tak dengar. Tapi macam tu jugak cara nurse tu explain kat saya. Lepas tu bila dah sampai rumah, saya check balik buku rekod Muslim ni. Rupa rupanya nurse tu ada tick tentang senarai semak perkembangan baby. Tapi yang hakikatnya SATU soalan pun dia tak tanya. Main tick je. Sepatutnya dia tanyalah kan? Sebab itu tugas dia. Betol tak?

Untuk no. 1 tu nurse tu dah tersalah tick rupanya. Itulah tak tanya sangat.




Tak apalah. Asalkan Muslim sihat. Kelmarin pun Muslim kena cucuk. Saya tak pasti cucuk yang ni untuk apa sebab nurse tu memang cakap slow sampai saya tak dengar. Yang saya tahu bila baby dah setahun enam bulan memang kena cucuk.

Cuma yang saya dengar nurse tu pesan jangan sapukan ubat kat tempat di cucuk tu.

Itu je. Apapun saya bersyukur sebab Muslim sentiasa membesar dengan sihat dan sempurna. Alhamdulillah.

Terima kasih kerana sudi membaca. :)





2 comments:

Bro Framestone said...

Dah besar dah dia....

Syahmi Zaludin said...

Singgah sebentar kat sini, kak! :)

Jemput join Mini Topup GA saya?

http://syahmizaludin.blogspot.com/2014/06/segmen-mini-topup-giveaway-2-by-jurnal.html?m=1