Friday, June 13, 2014

Muslim anak yang bijak!

Pejam celik pejam celik tup tup Muslim dah nak masuk setahun enam bulan dah. Memang kejap sangat rasa masa hungga hungga meninggalkan kita. Apa tu hungga hungga? Itu bahasa kelate yang bermaksud berlari. Hehe.

Tapi memang betul pun kan? Rasa ehhhhhhhh kita dah nak masuk pertengahan tahun dahhh. Rasa ehhhhhhhhhhhh lagi 2 minggu kita nak berpuasa dah. Kan?

Alhamdulillah sehingga hari ini Muslim membesar dengan baik dan sihat. Jarang sangat dia demam sebenarnya. Selalu aktif saje. Sekarang ni makin banyak benda baru dia buat. Macam macam! Dan semua tu memang selalu buat saya gerrrammmmmmm. Gerammmm nak peluk! Geram nak gigit. Hehe. 

Senyuman anak sangat membahagiakan mak pak nya!


Bila saya cakap apa apa pun dia dah paham. Anak mak yang sangat bijak! :)

Macam contoh pepagi bangun, biasanya dia merengek. Merengek sebab kekadang nak saya belai belai dia. Peberet dia bila saya gosok gosok belakang badan dia sampai boleh tertidur balik lepas tu basahhh habis baju saya. Sebab apa? Sebab air liur Muslim meleleh manja saje. Haha. 

Lepas Muslim bangun saya cakap:

"Muslimmmm bukak baju jomm. Kita mandi"

Terus dia tarik tarik baju yang dia pakai. Lepas saya bukakkan baju dia saya cakap kat dia:

"Muslim tolong letak dalam bakul baju nak basuh"

Dia ambik baju tu dan lari masuk ke bilik dan masukkan baju busuk tu kedalam bakul. Lepas letak baju tu saya dan dia tepuk tangan:

"Yeayyyyy...Muslim bijakkkk"

Memang saya selalu cakap kat Muslim, Muslim bijak, Muslim pandai, Muslim cerdik dan banyak kata kata positif untuk dia. Sebab kata kata itukan satu doa. Nak nak kata kata dari mak pak. :)

Lagi satu Muslim sekarang dah pandai main kejar kejar. Penat jugak hari hari saya duk main kejar dia. Bukannya apa bila saya jadi rimau mengaum dia lari laju masuk bilik pastu duk gelak je memanjang. Pastu saya mengaum lagi, dia lari nak naik atas belakang saya. Saya gerak ke kiri kanan dia gelak gelak. Haha. Kelakar dan terasa bahagia!

Setiap kali azan di TV saya cepat cepat on kan TV. Sebab Muslim ni memang suka sangat dengar azan. Dia dengar sampailahhh habis azan. Dah habis azan tu cepat cepat dia tadah tangan nak berdoa selepas azan. Selagi saya dan suami tak angkat tangan selagi tu dia duk tengok je. Haha.

Kalau saya sibuk angkat baju yang dah basuh, dia cepat cepat tolong saya angkat baju lepas tu letak atas katil. Kalau saya sibuk lipat baju, dia pun sibuk tepuk tepuk baju yang saya duk lipat. Lepas siap lipat baju dia sibuk angkut baju dan simpan dalam laci. Tapi masalahnya semua baju yang saya lipat tu di sumbat dalam laci yang sama sampai melimpah ruah. Haha.

Dan sehingga saat ni saya masih lagi fully breastfeeding. Memang azam saya sejak hamil nak menyusukan Muslim sehingga 2 tahun.

Alhamdulillah. Indah sungguh hidup seorang WAHM. Dapat tengok anak membesar di depan mata sendiri. :)

Bersyukur atas segala nikmat yang di beri olehNYA. 
"Kamu bersyukur. Aku tambah nikmat." (Surah Ibrahim, 7)
Terima kasih kerana sudi membaca. :)


2 comments:

y i e n said...

"muslim" saya baru masuk setahun 2 bulan smlm :)

cik.einaaa said...

@✿ pink velvet ✿

Alhamdulillah.. :)