Tuesday, July 8, 2014

Marah kat anak!

Assalamualaikum.

Gelagat anak kecil memang selalu buat kita geram. Geram sebab comel kan? Macam Muslim, sekarang ni memang dia suka buat macam macam gaya. Tergelak saya tengok Muslim yang makin hari makin bijak. Dia pun dah faham apa yang saya cakap.


Sayang sangat!!


Contohnya saya mintak tolong dia masukkan baju busuk ke dalam bakul. Gedek gedek dia ambil baju busuk tu masukkan dalam bakul. Saya cakap ambil bedak, gedek gedek dia pergi ambil bedak atas almari. Saya suka part kalau Muslim berjalan tak pakai baju. Hanya pakai pampers. Nampak dari belakang pampers dia gerak gerak ke kiri dan kanan. Geram nak peluk tak nak lepas! Heehee. Kalau saya on tv, cecepat dia cari remote. Kalau saya kemas kemas tempat tidur dia pun sibuk nak tolong. Kalau saya suruh dia buang sampah, dia ambil sampah tu dari tangan saya gedek gedek jalan ke dapur dan buang dalam tong sampah. Haha.

Setiap pagi memang bila Muslim bangun je saya selalu ajar dia salam, cium dan peluk saya dulu. Rasa best walaupun masa tu Muslim sebenarnya bau masam. Masam masam wangi. Hehe.

Tapi ada jugak kekadang Muslim tumpahkan air, makan bersepah, conteng buku, mainan bersepah sepah, koyak majalah peberet saya dan macam macam lagi. Pernah jugak rasa nak marah nak nak hari tu hari yang memenatkan saya tapi bila tersedar balik kenapa lah nak marah anak kecil ni. Dia pun tak reti apa apa lagi. Dia pun dalam proses nak belajar macam macam. Biasa kalau rasa nak marah, saya akan terus bangun dan masuk toilet, basuh muka dan berwuduk. Alhamdulillah memang hilang perasaan nak marah tu.

Saya memang cukup pantang mak pak yang jenis cepat nak marah kat anak. Nak nak di tempat public. Memang rasa gerammm sangat dengan mak pak yang suka mengamuk ngamuk. Mengamuk sakan terkeluar urat saraf muka merah sebab marahkan anak. Eeeeee buruknya muka masa tengah marah. Tak caya? Cuba masa tengah menjerit memekik tu korang tengok kat cermin. Buruk ke buruk? Berkedut kedut muka masa tu kan?

So cubalah kawal perasaan marah. Nak nak kat anak kecil yang masih tak reti apa apa. Yang masih ingin meneroka dalam dunianya.

Bila rasa nak marah je, cepat cepat ambil wuduk. Cepat cepat beristigfar. Bila nak marah je cepat cepat tarik nafas dalam dalam sebab dengan teknik pernafasan yang betul dapat menghilangkan marah. Bila rasa nak marah, kalau berdiri cuba duduk, kalau tak boleh juga berbaring, kalau berapi juga korang boleh terus tidur. InsyaAllah lepas tidur perasaan marah tu hilang.

INGAT YEA!

Memarahi adalah salah satu didikan yang paling buruk!

Kita sebagai mak pak seharusnya cuba mengelakkan bercakap kasar kepada anak anak. Hanya bertegas jika perlu, tetapi tidak memekik atau menjerit pada anak anak.

Bila kita menjerit atau memekik pada anak, anak kita akan:


  • Keliru dengan sikap kita, kadang kadang baik mesra tapi kekadang macam hantu.
  • Jiwa dan emosi anak terganggu.
  • Menjadi lebih agresif dan susah nak mendengar nasihat dari kita.
  • Hilang kepercayaan pada kita.
  • Merajuk, murung.
  • Penakut.
  • Lambat memahami sesuatu.
  • Kurang aktif.

Dalam kepala anak sebenarnya ada lebih dari 10 trillion sel otak yang tumbuh. 

Sekali kita menjerit memekik kat anak, sejuta sel otak anak kita rosak! Sekali kita cubit dan pukul anak, 10 juta sel otak terbunuh!!

Fuh! Sangat menakutkan kan?

Menurut Dr. Lise Eliot (Prof in Department of Neuroscience at the Chicago Medical School, apabila mak pak memekik atau menjerit pada anak yang masih dalam pertumbuhan otaknya (2-3 tahun), ianya akan mematikan sel otak yang sedang tumbuh.

Tetapi, jika kita sebagai mak pak ni sering memberikan belaian lembut, pujian pada anak, rangkaian otak yang terbentuk memang cantik!

INGAT YEA!

Memori anak kita yang masih kecil itu memanglah amat kuat. Dari sinilah anak kita akan belajar dari apa yang anak kita lihat dan dengar.  

Sebenarnya, kalau kita makin marah pada anak, makin makinlah dia akan memberontak. Semakin kita menjerit dan memekik kat anak kita, semakin anak kita menjerit balik kat kita.

Tetapi kalau kita bersikap lemah lembut dengan mereka, mereka memang mudah mendengar nasihat kita. Yang penting, sebagai mak pak ni memang memerlukan kesabaran yang tinggi dalam mendidik anak.

Lagi satu, sebagai mak pak ni kita mestilah cari ilmu berkaitan hal keibubapaan sebagai contoh membeli buku buku keibubapaan atau menyertai seminar keibubapaan ataupun menyertai forum forum keibubapaan. Senang cerita, kita kena ada ilmu untuk mendidik anak anak kita membesar dengan baik. Bukannya mendidik membuta tuli sahaja.

Apa pendapat korang?


Terima kasih kerana sudi membaca. :)








1 comment:

armila said...

Dulu sllu gak marah anak, tp pk balik kesian, depa kecik lg..huhuhu...tq shre info tu.
Jemput ke blog sy. (armilastyle.blogspot.com)