Tapi apa yang Fatin Liyana fikirkan itulah yang saya fikirkan. Bila saya baca balik entries zaman sebelum kawin, zaman memberontak, zaman kemuncak duk sibuk mencari identiti. Duk sibuk dengan kpop. Duk sibuk dengan Bigbang. Bahaha. Tergelak sorang sorang.
Kelakar!
Ni ke apa yang aku duk tulis tulis dulu?
Gelak lagi!
Terus tick entries yang lama lama tekan delete. Dari 789 post sekarang dah tinggal 138 post sahaja. Sayang? Memang sayang dengan entry entry lama. Kenangan sungguh! Saya start berblogging since 2008 lagi. Tapi tu lah..tak jugak pemes macam Fatin Liyana. Hekhek.
Ini mungkin yang terbaik untuk saya. Dan saya sentiasa berazam untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan. InsyaAllah.
Kalau hidup setiap hari pada paras yang sama je, tak ke mana lah jawabnya.
Sebab itu kita perlu ada perubahan. Tapi nak berubah ni tak perlulah kita terus berubah dengan cara drastik dan automatik. Lakukan perubahan sedikit demi sedikit. Sekurang kurangnya kita berusaha untuk berubah dan meletakkan perjalanan hidup kita pada jalan yang betul.
Bak kata Irfan Khairi:
Jangan jadi yang sama sahaja. Jadi yang lebih baik.
Semakin kita bertambah umur, seharusnya kita lebih matang dengan keadaan sekeliling dan lebih mendalam penghayatan kita dalam agama.
Di harap perubahan yang sentiasa kita lakukan sentiasa dirahmati oleh Allah S.W.T.
Terima kasih sudi membaca!
:)
4 comments:
Assalamualaikum..salam perkenalan.Iye.ada satu masa di mana perkara yg kita kongsikan sblm ini di public akan menjadikan kita rasa segan semacam nanti
salam. saya pernah delete a few entries dulu..pastu menyesal. sebab bagi saya, entri2 dalam blog akan jadi kayu pengukur betapa ketidak-matangannya waktu zaman muda2 dulu. tapi normal la kan? zaman muda-mudi kita x matang.. kan??
sha pun dah lama delete post lama2... ada yang tak nampak tu je... kadang rasa sayang kan.. tapi bila tengok, rasa macam over sangat :)
haah.. kite pon plan nak buat mcm tu.. stakat ni baru clearkan picture zaman jahiliah dulu kat fb, hehe~
Post a Comment