Thursday, November 13, 2014

Perkataan perkataan Muslim.

Sekarang ni Muslim dah banyak bercakap. Pok pek pok pek tak berhenti. Dari celik mata sampai tutup mata. Yang kelakarnya sebab dia sekarang suka sangat joget sambil nyanyi nyanyi. Sambil joget nyanyi sambil buat 1 Malaysia. Aduuh. Haha. Anak yang bijak!



Perkataan pertama Muslim? Kipas. Tak habis habis kipas. Celik mata je terus cakap kipas sambil tunjuk kipas. Saya duk syok geletek Muslim tetiba boleh pulak dia tunjuk kipas. Saje je nak tukar topik. Haha.

Masa balik kampung hari tu rumah mama saya banyak kipas. Terujanyaaaa Muslim tengok kipas kipas. Asyik kipas siang dan malam. Kekadang sampai mengigau cakap kipas. 

Kipas. Kipas. Kipas.

Sekarang ni dah reti sebut habis. Tengok Upin Ipin dalam TV. Lepas tu tamat. Terus Muslim cakap:

" Habish "

Sesambil tangan dia buat gaya habis.

Lepas tu kalau dapat tengok bas. Amboiii bukan main lagi duk sebut bas bas bas.

Hehe.

Bijak sungguh!

Seronok tengok kebijaksanaan anak kan?

Nak nak bijak macam mak nya. Hekhek.

Terima kasih kerana sudi membaca. :)

2 comments:

Unknown said...

mmg best tgk anak pndi ckp itu ini...
hehe... klu jelas ape yg die sebut lg seronok...
pasni byk lg la pkataan baru muncul.. yeahhhh..

Mia Liana said...

sweet je kan... memang happy bila dengar anak mula2 nak cakap... siap pelat lagi...

p/s : Salam. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #10. (^_^). Blog ini telah tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/11/senarai-url-blog-10.html dan pemenang bertuah telah diumumkan http://www.mialiana.com/2014/11/pemenang-bertuah-url-blog-10.html

Maaf.. baru sempat nak blogwalking ke sini.

- Mia Liana -