Saturday, March 14, 2015

Seronoknya Solat Dhuha.



Solat Dhuha ni dilakukan pada waktu Dhuha iaitu pada waktu matahari sedang naik. Bila tengok taqwim, masanya 28 minit selepas Syuruk. Sebagai contoh waktu Syuruk ialah 7.32 pagi, maka waktu Dhuha akan bermula jam 8.00 pagi. 

Solat Dhuha boleh dibuat paling minimum 2 rakaat sehinggalah 12 rakaat. Tapi yang banyak dilakukan oleh Rasulullah ialah sebanyak 8 rakaat.

Solat Dhuha ialah solat sunat. Jangan pandang mudah sebab dengan solat sunat inilah mendekatkan lagi diri kita dengan Allah.

5 minit je solat sunat Dhuha ni taw tapi Allah akan bayar dengan banyak.

Ustaz Azhar pernah cakap, solat Dhuha ni untuk menguatkan lampu bateri diri kita. Walaupun kita ada mentol nyala, tapi watt tak kuat. Maka kita jalan pun lemah je.

Ustaz Don pula berpesan:

 Jaga solat Dhuha kerana kunci rezeki terletak pada solat Dhuha.
Sesiapa yang berDhuha maka dialah orang yang paling dekat dengan kemenangan.

Dhuha itu melapangkan waktu kita, akan mencukupkan rezeki kita.

Semoga kita sama-sama menjaga solat Dhuha. InsyaAllah segala kerja kita setiap hari akan lebih mudah dan diberkati olehNYA.

3 comments:

Aida Doterali said...

Good info :)

Unknown said...

Nice sharing :)

suri said...

salah satu tada kita mengucap syukur kepad Maha Pencipta